Injap trikuspid

Injap trikuspid ialah injap jantung yang memisahkan atrium kanan daripada ventrikel kanan. Injap trikuspid juga dikenali sebagai injap atrioventrikular kanan. Ia terdiri daripada tiga daun, yang dilekatkan pada satu gelang (gelang trikuspid) yang memisahkan atrium kanan daripada ventrikel kanan. Tiga daun ini dipanggil septal, anterior dan posterior (atau inferior). Setiap daun disambungkan ke otot papilarinya sendiri melalui korda, tetapi terdapat banyak variasi anatomi. Daun yang paling lebar ialah daun anterior, yang paling kecil ialah daun septal. Gelang trikuspid tidak rata dan berbentuk oval leper.Tertutup semasa sistol ventrikel, ia menghalang aliran balik darah ke atrium. Semasa diastol, ia terbuka dan turun untuk membenarkan darah mengalir daripada atrium ke ventrikel. Secara mekanikal, boleh dikatakan ia berfungsi sebagai injap sehala. Ia mengawal aliran darah di bahagian kanan jantung semasa kitaran jantung.